About Us

My photo
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Kami adalah satu pasangan jurufoto bebas yang bergerak atas nama Coupleizz Freelance Photographer yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2011 dan memulakan tugas pertama pada bulan Mac 2011. Pada hujung bulan Mac 2011, photoblog kami ini telah dibina dengan tujuan mempromosikan hasil kerja kami serta koleksi gambar yang kami ambil sama ada ketika kerja atau pun suka-suka. Buat masa ini, setiap pelanggan kami berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan dan jika anda berminat dengan kami, segeralah menghubungi kami.

Friday, 22 April 2011

..:: outing kuku besi (edisi ijat) ::..

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

kali ni ijat nak share pic yg same2 kitorg oting ngan group kuku besi ari 2..yuyue punye pic entry sterusnya ek..huhu















..:: photographer&photoeditor: izzat@coupleizz free lenser ::..

Sunday, 3 April 2011

..:: Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar ::..




Petikan asal dari Majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
 
 


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:


1) Kos Peralatan Kamera
 

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.



2) Kemahiran Jurugambar
 

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.



3) Masa Perkhidmatan
 

Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.



4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
 

Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.



5) Kos Material                                                    


Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.



Jadi fikir-fikirkan lah... 
Antara duit dan kenangan, 
duit boleh cari, 
tetapi kenangan manis datang hanya sekali.

..:: nukilan mohdizzatfirdausmohdzaid ::..


Saturday, 2 April 2011

..:: ber'photoshoot' bersama Zizan Raja Lawak ::..

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

Ha..mesti korang x percaye kan dengan tajuk entry kami kali ni. hehe. sebenar tajuk entry adalah x sampai 5% pun daripada story kami kali ni. saje jek nak kasi gempak sket. hehe.
ok. kali ni kami nak story pasal hujung minggu kami yg dihabiskan di Genting Highland selama sehari. actually, ni adalah first time kami pegi genting. first time pegi da drive sniri. jalan pun x tau. hebat kn? tapi dengan kecekapan dan kebijaksanaan pemanduan ijat, akhirnya coupleizz sampai jugak ke destinasi yang dituju.cube korang teka ape yg kami buat sesampainye ke tanah tinggi sane??hehe. of coz la bergambo. huhu.

tengok..mule2 da gambo yuyue..huhu

ni pom gambo dio..

ha..ni baru ijat..hehe

aik..yuyue ag?huhu..

lepas tu, kami pun beli tiket untuk masuk taman tema yg outdoor punye. lepas jek kami beratur dan beli tiket, tiba-tiba ada terdengar ada orang panggil name ijat. rupa-rupanya zizan raja lawak yg panggil tu. dia mintak bergambar dengan kitorang. tapi korang caye x?hehe. sebenarnya kami tipu jek. citer ye cenggini, lepas beli tiket si ijat ni ternampak si zizan ni ngah kuar dari kete beliau. si yuyue ni nak sangat bergambar dengan zizan ni. bila kami nak pegi kat dia, tengok2 dia da xde. cari punye cari jupe jgk. akhirnya dapat gak kami bergambo ngan si zizan neh. walaupun sekeping namun cukup bermakna. hehe. 

ni la dia kami bersama zizan..hehe

lepas tu kami masuk taman tema outdoor lam genting tu. macam2 kami yang kami main. x lupe jugak banyak jugak kami bergambo dan amek gambo.huhu. 

ni permainan2 yg kami main..

ni pom same..

budak: eh, mane mak ak?td ad..jtuh ke?

badut2 menghiburkan para pengunjung..

ha, ni membe skola rendah ijat..yg pkai tudung 2..huhu

amoi2 cina yg ingt ijat org cina..huhu

muke ape ni??

cun kn pompuan cina 2?

anak mat saleh yg di shoot oleh yuyue..

persembahan mengkagumkan untuk para pengunjung..

yuyue posing cantek..

yg ni posing plek sket..hoho

ayu nye die..huhu

nak tunjuk dia lompat tinggi la tu..huhu

 dalam tu, kami telah menghabiskan RM68 membeli token maen permainan untuk untuk menang teddy bear. last2 dapat teddy bear kecik jek. sob2.

ni la tempat kami habiskan RM68 untuk beli token..wuu..

ni lak tempat kami habiskan token2 yg b'lambak tuh..sob3

ni hadiah yg kami dpt dari hasil token tu..RM68 abeh ntuk teddy kcik ni jek.kcian yuyue..next time ijat dapatkan yg besar lak ek..huhu

last skali sblom balik kitorang maen space shot. memang gayat giler la. tapi best. huhu.


ni permainan last yg kami maen sblom tolak balik..

gayat doe..

setakat ni jek yg kami leh share. kalo ade story len, len mase lak kami share ek. sekian dulu, adios amigos.

*mesti korang pasan kan yg gamba ijat ade 1 jek kn?sbenar er ijat ni x ske mane amek gambor sbb die lagi suke amek gambor orang. sebab tu gambo yuyue jek banyok. hehe



..:: photographer: coupleizz free lenser ::..
..:: photoeditor: izzat@coupleizz free lenser ::..
..:: nukilan mohdizzatfirdausmohdzaid ::..